FAMA Pahang, catat hasil jualan RM7.6 juta daripada 18 buah pasar tani 

FAMA Pahang, catat hasil jualan RM7.6 juta daripada 18 buah pasar tani 

fama
PASAR Tani Mega berhadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang, Kuantan, antara terbesar yang dibuka setiap hujung minggu di bandar itu. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang merekodkan hasil jualan sebanyak RM7.6 juta. Ia diperoleh daripada aktiviti perniagaan di 18 buah pasar tani seluruh negeri ini, tahun lalu. 

Pengarahnya, Saiful Sadri berkata, pihaknya menjangkakan hasil jualan meningkat apabila semua pasar tani dibuka sepenuhnya.

Menurutnya, terdapat lima pasar tani kekal dan selebihnya pasar tani mingguan yang membabitkan lebih 1,000 usahawan tempatan.

“Pasar tani kekal terletak di Jerantut, Bera, Jengka, Pekan dan Felda Chini. Yang mana disediakan bangunan khas termasuk mempunyai pelbagai kemudahan lain untuk keselesaan peniaga dan pengguna,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Saiful Sadri dalam pada itu berkata, program pemasaran rentas negeri (PRN) oleh FAMA yang  dilaksanakan adalah antara inisiatif baharu dalam membantu usahawan agromakanan.

Katanya, bantuan tersebut bagi membantu mereka untuk bangkit semula memulakan perniagaan sekali gus dapat mengharungi pasca Covid-19 ini.

“Menerusi PRN usahawan juga dapat mempromosikan produk keluaran mereka di  pasaran luar yang mungkin mempunyai permintaan menggalakkan daripada penduduk setempat.

  “Justeru, kita telah membuka peluang berniaga kepada usahawan luar Pahang untuk datang berniaga di pasar tani di negeri ini sebagai usaha  membantu golongan peniaga-peniaga. Sebelum ini, terdapat usahawan dari Pulau Pinang dan Melaka telah menyertai PRN di Pasar Tani Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang, di sini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN