Faktor global, pembekal ambil kesempatan punca harga baja, racun naik

[Parlimen] Faktor global, pembekal ambil kesempatan punca harga baja, racun naik

AHMAD HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kenaikan harga baja dan racun di pasaran yang menjadi keresahan golongan petani ketika ini, berpunca daripada faktor global dan pihak pembekal yang mengambil kesempatan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, faktor global disebabkan China yang menjadi pembekal ketika ini mengawal dan menghadkan pengeluaran bahan mentah yang mencemarkan persekitaran.

“China sekarang sudah mendapat tekanan dunia akibat pelepasan karbon yang tinggi. Selain itu, faktor global juga berpunca daripada kenaikan harga bahan mentah untuk memproses racun dan baja.

“Ketika ini, peperangan yang berlaku antara Rusia dan Ukraine juga turut memberi kesan kepada harga berkenaan,” kata di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab pertanyaan Jugah Muyang (GPS-Lubuk Antu).

Jugah dalam pertanyaan jawab lisan ingin tahu bagaimana kementerian menangani masalah kenaikan harga racun dan baja yang digunakan oleh pekebun kecil atau petani yang menjalankan aktiviti tanaman komiditi seperti kelapa sawit atau tanaman padi.

Menurut Ahmad, faktor nasional penurunan ringgit dan peningkatan harga komoditi juga menyebabkan pengeluar lebih berminat untuk eksport raucn dan baja ke Eropah dan China sekali gus meningkatkan harga tempatan.

“Faktor di peringkat syarikat pula ialah kos logistik meningkat disebabkan pandemik Covid-19…satu kontena kos mengimport baja dan bahan kimia meningkat. Pada September 2020 harganya RM3,000 tetapi, meningkat kepada RM7,000 pada September 2021.

“Jadi, ada syarikat yang ambil kesempatan (naik harga) apabila stok bahan itu merosot di pasaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya