Fadzli dilantik Naib Canselor Unisza baharu

Fadzli dilantik Naib Canselor Unisza baharu

FADZLI Adam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Prof. Dr. Fadzli Adam, 50, dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) yang baharu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini. 

Fadzli sebelum ini adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) universiti itu dan dalam masa sama menjalankan fungsi Naib Canselor serta Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni). 

Anak jati Kuala Terengganu itu berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di samping Ijazah Sarjana Sastera (Teologi dan Pengajian Agama) serta Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Islam dari University of Leeds, United Kingdom.

Beliau memulakan kerjaya sebagai tutor di Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1996 dan kemudian pensyarah di Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem), pada 29 Julai 2001 di samping memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai timbalan pengarah pusat pengurusan penyelidikan, timbalan dekan, koordinator, ketua jabatan. 

Fadzli kemudian meneruskan kerjaya di Unisza bermula 30 November 2014 dan dilantik sebagai Pengarah di Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (Inspire) pada 1 April 2015.

Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan (Ccorm) Unisza dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah atas pelantikan Fadzil sebagai Naib Canselor ke-5 universiti itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN