Exco: Dua wakil MCA cermin semangat BN - Utusan Malaysia

Exco: Dua wakil MCA cermin semangat BN

PELANTIKAN Ling Tian Soon (dari kiri), Lee Ting Han dan K. Raven Kumar mencerminkan semangat sebenar Barisan Nasional dan kepimpinan negeri. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemilihan dua pemimpin MCA sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor bagi penggal 2022 hingga 2027 mencerminkan semangat sebenar dalam Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda MCA Johor, Ling Tian Soon berkata, kepercayaan yang diberikan itu akan dibalas dengan melakukan tanggungjawab bagi portfiolio yang diamanahkan.

Tian Soon yang dilantik mengetuai portfolio Kesihatan dan Perpaduan berkata, buat pertama kalinya, dua pemimpin berbangsa Cina dipilih dalam barisan Exco kerajaan negeri.

“Sebelum ini kita tidak mempunyai wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam kerajaan negeri (2018-2022) dan kini kita mempunyai empat setelah mendapat mandat rakyat. Terima kasih diucapkan kepada kerajaan negeri kerana memegang semangat BN dan mempamerkan komposisi kaum dalam pemilihan Exco kali ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Selain Tian Soon, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan ADUN Paloh, Lee Ting Han sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri.

Bagi aspek kesihatan, Tian Soon berkata, beliau akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan mengenai perancangan seterusnya ketika negara memasuki fasa endemik.

“Pembukaan semula sempadan darat antara Johor-Singapura amat penting untuk negeri ini bagi menghidupkan semula sektor ekonomi negeri Johor. Saya akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar dan pegawai terlibat untuk mengetahui persiapan pembukaan sempadan dan menerima kunjungan pengembara dari republik itu. Menteri Besar sebelum ini telah mengadakan kunjungan ke Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) bagi melakukan persiapan awal. Kita akan bincang dahulu sebelum keluarkan kenyataan rasmi,” jelasnya.

Sementara itu, Ting Han berkata, fokus utama adalah untuk melaksanakan Ikhtiar BN yang dilaung dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi merancakan ekonomi selari dengan pembukaan sempadan.

“Fokus saya adalah untuk menarik pelabur asing baik dari Singapura dan China supaya ekonomi negeri bertambah lebih baik sekali gus menaik taraf kehidupan rakyat di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K. Raven Kumar yang juga Ketua Pemuda MIC Kebangsaan turut bersyukur dengan peluang diberikan bagi menggalas mandat tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya