DUNGUN: Program empower ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan telah bermula sejak tahun 2011. Sehingga kini, program – program yang telah dilaksanakan di Kemaman telah memberi manfaat kepada 5,089 peserta yang terdiri daripada golongan belia dan dewasa yang berpendapatan rendah serta kurang bernasib baik.
Program ini bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar melalui peningkatan prestasi akademik para pelajar dan kemahiran vokasional para peserta.
Program empower ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan di Terengganu telah bermula sejak tahun 2011. Sehingga kini, program – program yang telah dilaksanakan di Kemaman dan Dungun telah memberi manfaat kepada 2,150 peserta yang terdiri daripada golongan belia dan dewasa yang berpendapatan rendah serta kurang bernasib baik.
Bagi tahun 2021, program ini dilanjutkan lagi dan mendapat tajaan daripada Yayasan PETRONAS. Oleh itu, program ini dinamakan ECER-MEKAR dan ianya membuka peluang kepada 400 peserta yang baru di Kemaman dan Dungun.
Kursus latihan yang ditawarkan di daerah Dungun dan Kemaman adalah berasaskan kepada Sektor Latihan Kemahiran dan Keusahawanan seperti Kursus Pembuatan Bakeri dan Pastri, Kursus Masakan dan Penyediaan Makanan Foodprenuer, Kursus Juruteknik Penyelenggaraan Home Maintanance, Kursus Dandanan & Penggayaan Rambut (Lelaki) serta Kursus Dandanan dan Penggayaan Rambut (Wanita).
Pada 26 Februari 2022, Program Lawatan PETRONAS Pantai Timur Bersama Pemegang Taruh Ke Pusat-Pusat Latihan Kemahiran empower ECER–MEKAR Kemaman utuk mengadakan lawatan ke pusat latihan kemahiran empower ECER-MEKAR Kemaman bagi meninjau perjalanan kelas, bersua muka dan memberi semangat serta motivasi kepada para peserta. Selain meluaskan networking perniagaan, ini turut memberikan motivasi kepada peserta untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan dan mampu mendapatkan pendapatan sendiri seterusnya meningkatkan pendapatan keluarga.
Pada 13 Mac 2022, Sesi Ramah Mesra Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ahmad Samsuri bin Mokhtar, YAB Menteri Besar Terengganu bersama Peserta empower ECER-MEKAR dan PENJANA – ECERDC DUNGUN diadakan. Program ini adalah satu program usahasama antara ECERDC dan juga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi membentangkan objektif dan maklumat berkenaan program ini kepada semua peserta di mana setiap peserta diwajibkan memenuhi 150 jam iaitu 80 jam hardskill, 40 jam softskill dan 30 jam latihan prakrikal di sekitar daerah Dungun. Beliau turut melawat pameran membabitkan program itu selain menyampaikan hadiah kepada para peserta.
empower ECER merupakan inisiatif serampang dua mata di bawah program pembangunan modal insan yang dilancarkan oleh ECERDC pada tahun 2010. Tujuan program untuk merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat bandar dan luar bandar melalui peningkatan prestasi akademik para pelajar dan kemahiran vokasional. Program terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, jantina dan usia. – UTUSAN