Empat maut kemalangan dua kereta di Pendang

Empat maut kemalangan dua kereta di Pendang

ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah kereta yang terlibat  dalam kemalangan di Kilometer 58.2 Lebuh Raya Utara-Selatan, Pendang, Kedah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Empat orang maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta dengan sebuah daripadanya terbakar di Kilometer 58.2 Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi itu, tiga mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Wira dan seorang lagi Nissan Almera disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tiga mangsa yang menaiki kereta Proton Wira itu ialah Mohamad Syafiq Kassim, 26; Shahrin Hafi Omar, 49, dan seorang lagi dikenali sebagai Arni, 52.

Ketiga-tiga mangsa dilaporkan cedera parah akibat dihempap kereta tersebut yang terbalik. Maklumat berhubung identiti mangsa dipercayai lelaki yang menaiki kereta Nissan Almera belum diperoleh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran kereta akibat kemalangan jalan raya pada pukul 2.22 pagi ini.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, kita mendapati sebuah kereta jenis Nissan Almera terbakar 90 peratus manakala sebuah lagi kereta yang terlibat dalam kemalangan itu iaitu jenis Proton Wira tidak terbakar.

“Terdapat seorang mangsa di dalam Nissan Almera yang terbakar dan tiga mangsa di dalam Proton Wira,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kebakaran kereta berkenaan dipadamkan sepenuhnya pada pukul 2.56 pagi.

“Mangsa pertama bdikeluarkan pada pukul 4.07 pagi diikuti mangsa kedua dan ketiga pada pukul 4.28 dan 4.52 pagi sebelum mangsa terakhir dari kereta yang terbakar pada pukul 5.43 pagi,” ujarnya.

Tambahnya, kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya