Elak ke Thailand jika tiada urusan penting - Utusan Malaysia

Elak ke Thailand jika tiada urusan penting

AHMAD Yakob melihat pelan Taman Bandar Tumpat dalam Program Jupo Mata Bersama Rakyat dan pengisytiharan taman tersebut di Tumpat, Kelantan hari ini. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Rakyat Kelantan tidak digalakkan berkunjung ke Thailand jika tiada urusan penting, biarpun sempadan negara bakal dibuka apabila Malaysia beralih ke Fasa Endemik bermula 1 April ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, ini bertujuan mencegah penularan jangkitan Covid-19 yang masih serius, dengan Kelantan masih mencatatkan bilangan kes harian tiga angka ketika ini.

“Nasihat saya kepada rakyat Kelantan, elakkan ke sana (Thailand) jika tiada keperluan. Sekiranya ada urusan penting atau melibatkan perniagaan, ia tiada masalah. Kita akan sentiasa cuba mendapatkan perkembangan semasa mengenai Covid-19 daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri program Jupo Mata Bersama Rakyat serta menyempurnakan pengisytiharan Taman Bandar Tumpat seluas 24 hektar dan bernilai RM24 juta di Kampung Baru Nelayan.

Dalam perkembangan sama, Ahmad menyeru rakyat Kelantan supaya terus mengamalkan kebiasaan baharu dan patuh prosedur operasi standard (SOP) walaupun negara sudah beralih kepada fasa endemik.

“Sempena Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, saya nasihatkan orang ramai supaya tidak bertumpu di sesuatu tempat kerana ini juga menyumbang kepada penularan Covid-19,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya