Dua maut langgar lori buat pusingan U

Dua maut langgar lori buat pusingan U

KEADAAN kereta mangsa yang terperosok bawah lori yang membuat pusingan U berdekatan Balai Polis Bukit Raja di Klang, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Dua sahabat maut selepas kereta dinaiki mereka melanggar sebuah lori 10 tan yang membuat pusingan U berdekatan Balai Polis Bukit Raja di sini, awal pagi ini.

Kedua-dua mangsa iaitu Andrew Cheng, 20, dan Chee Wai Loo, 22 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan tujuh pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.29 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori dipercayai membuat pusingan U sebelum  dilanggar sebuah Perodua Bezza dari arah Jalan Haji Sirat menghala Kapar.

“Pelanggaran itu mengakibatkan dua mangsa yang menaiki kereta Bezza terperosok ke bawah lori berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Norazam, pasukan bomba mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan jengkaut.

 Katanya, pemandu lori itu tidak dapat dikesan kerana dipercayai meninggalkan lokasi kejadian dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya