Doktor kata saya hampir gagal diselamatkan - Shima Anuar - Utusan Malaysia

Doktor kata saya hampir gagal diselamatkan – Shima Anuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Shima Anuar, 30, terpaksa akur dengan ketentuan takdir apabila kandungannya yang berusia tiga bulan tidak dapat diselamatkan kerana mengalami kehamilan di luar rahim.

Berkongsi pengalamannya berada di hospital, kata Shima, ia bagaikan sebuah pengalaman yang sangat mengerikan selain membuatkan dirinya hampir kehilangan nyawa.

“Doktor cakap, saya hampir kehilangan nyawa. Saya mengalami kekurangan darah sehingga 2.5 liter. Tekanan darah saya 60/30 dan wajah saya kelihatan sangat putih dan pucat.

“Tetapi saya sangat berterima kasih pada Dr. Susanna yang merawat. Ia adalah satu pengalaman yang mengerikan, memang sakit sangat-sangat.

“Sampai tak boleh bergerak, tak boleh bercakap. Selepas proses pembedahan selesai, saya dah tak respons, doktor beritahu. Disebabkan itulah, kena masuk unit rawatan rapi (ICU) dan buat pemindahan darah,”katanya,

Shima berkata demikian dalam satu perkongsian yang dimuat naik olehnya di akaun Instagram hari ini.

Selain itu, kongsi Shima, dia juga tidak pernah tahu bahawa kehamilan luar rahim ini begitu sakit dan sehingga boleh menyebabkan ibu mengandung kehilangan nyawa.

“Tetapi, syukur Alhamdulillah, sekarang semuanya selamat. Cuma sakit itu masih ada. Kena potong di tempat jahitan luka pembedahan Czer dulu. Tapi sakit sekarang lagi sakit daripada Czer itu.

“Namun tak apalah. Anggap saja ini ujian dan dugaan. Saya reda,”katanya.

Dalam pada itu, Shima sempat bergurau dengan mengatakan kini dirinya akan terus memanggil anak bongsunya, Imaan,dengan nama timangan adik.

“Sekarang ini tak sabar nak balik rumah jumpa Sophia dengan Adik. Sekarang kita teruskan panggil Imaan adik sajalah sebab baby adik dah tak ada,”katanya.

Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan, Mohd Solih Toha, 54, pada April 2017.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Marian Sophia, 3 dan Mikhael Imaan, 2.

Pada 17 Februari lalu, Shima mengumumkan berita gembira bahawa dirinya kini sedang berbadan dua dan ia menyaksikan kehamilannya yang ketiga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya