Didakwa 13 pertuduhan palsu butiran sijil lahir anak

Didakwa 13 pertuduhan palsu butiran sijil lahir anak

sijil lahir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Bekas pembantu pendaftaran, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah mengaku tidak bersalah terhadap 13 pertuduhan memalsukan butiran dalam sijil lahir anak sendiri di Mahkamah Khas Rasuah hari ini.

Tertuduh, Mhd Sofian Ishak,35, mengaku tidak bersalah memalsukan butiran dokumen bagi mengeluarkan sijil lahir terhadap seorang bayi perempuan iaitu anak tertuduh di hadapan Hakim, Abu Bakar Manat.

Tertuduh didakwa atas 13 pertuduhan memalsukan salinan buku rekod kesihatan ibu milik isterinya dan buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak milik anak perempuannya antara 1 November 2012 sehingga 3 Februari 2013 di Pejabat JPN daerah ini.

Bagi kesemua pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tujuh tahun dan denda, jika sakit kesalahan.

Hakim menetapkan sebutan semula kes pada 22 April dan membenarkan tertuduh diikat jamin dengan bayaran RM10,000 dan deposit RM6,000 untuk kesemua pertuduhan tersebut.

Mahkamah memerintahkan tertuduh untuk melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berdekatan sebulan sekali dan tertuduh diingatkan untuk tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan.

Tertuduh turut diarah untuk menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Dzulkarnain Rousan Hasbi manakala, tertuduh tidak diwakili peguam.UTUSAN

 

Ends.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN