Dewan Rakyat luluskan pindaan Perlembagaan berkait kerabat diraja

[Parlimen] Dewan Rakyat luluskan bacaan ketiga pindaan Perlembagaan berkait kerabat diraja

RAMLI MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 bacaan kali ketiga diluluskan di Dewan Rakyat dengan majoriti ahli Parlimen bersetuju untuk mengecualikan pendaftaran pemilih secara automatik kepada kerabat diraja.

Detik hari ini dilihat berbeza dengan kejadian semalam, menyaksikan kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri gagal mendapat sokongan bagi melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selama lima tahun lagi dan mengekalkan tempoh tahanan selama 28 hari.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd. Nor berkata, seramai 178 ahli Parlimen bersetuju dan 42 ahli Parlimen tidak hadir.

“Tidak hadir (ahli Parlimen) 42 termasuk saya. Dengan ini, rang undang-undang ini dibaca kali ketiga dan diluluskan sekarang,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Sebentar tadi, Dewan Rakyat meluluskan pindaan Perlembagaan itu untuk bacaan kali kedua bagi mengecualikan pendaftaran pemilih secara automatik kepada kerabat diraja secara undi belah bahagian dan diteruskan untuk bacaan ketiga.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, daripada keseluruhan 220 yang mengundi, seramai 181 ahli Parlimen bersetuju manakala 39 ahli Parlimen lagi tidak hadir.

Tengahari tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar membacakan rang undang-undang berkenaan kali kedua bertujuan meminda Perlembagaan dan menambah perkara baharu 119A selepas Perkara 119 di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ia bagi mengecualikan pendaftaran pemilih automatik kepada Raja Pemerintah dan pasangan, Yang di-Pertua Negeri dan pasangan, bakal raja, waris ganti dan waris lain raja dan mana-mana orang lain.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong memperkenan menguatkuasakan pindaan kepada Perkara 119 Perlembagaan menerusi RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 berhubung pelaksanaan kelayakan umur mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik pada 15 Disember 2021.

Lanjutan daripada pelaksanaan kelayakan mengundi di usia itu dan pendaftaran pemilih automatik, setiap warganegara ini yang berusia 18 tahun ke atas yang memenuhi syarat kelayakan akan didaftarkan secara automatik tanpa sebarang pengecualian.

Justeru, pindaan Perlembagaan hari ini menuntut kepada perlunya mengecualikan semua kerabat diraja daripada terlibat dalam proses pilihan raya dan mengundi ketika undi 18 tahun sudah dikuat kuasakan sebelum ini, supaya kekal berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik serta memastikan wujudnya semak dan imbang dalam pentadbiran kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya