Dewan Rakyat, Dewan Negara sokong pemeriksaan kesihatan 

Dewan Rakyat, Dewan Negara sokong ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan 

parlimen
MOHD. RASHID HASNON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat dan Dewan Negara hari ini menyokong cadangan Kementerian Kesihatan untuk mewajibkan semua ahli Parlimen menjalani saringan kesihatan.

Memaklumkan perkara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon berkata, kedua-dua Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim bersepakat menyokong inisiatif berkenaan. 

“Dalam memastikan kesejahteraan kesihatan kita semua, speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara menyokong akan inisiatif ini. 

“Sehubungan itu, mekanisme pemeriksaan kesihatan akan dibincang dengan lebih lanjut dan akan dimaklumkan kepada ahli Yang Berhormat. Sekian terima kasih,” katanya sebelum memulakan waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini. 

Pada 17 Mac lalu, Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, semua ahli Parlimen terutama yang berumur 40 tahun ke atas dicadangkan wajib menjalani saringan kesihatan bagi memastikan tahap kesihatan mereka sentiasa dipantau. 

Pemeriksaan kesihatan tersebut yang dicadang Rais supaya dipanjangkan kepada ahli Dewan Rakyat demi memastikan elemen Kepemimpinan Melalui Teladan dapat direalisasikan dan menjadi contoh kepada masyarakat.

Kenyataan itu hadir setelah Rais menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Parlimen bagi membincangkan cadangan mewajibkan ahli-ahli Dewan Negara menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya