DAP yakin kembali walau BN punyai momentum kemenangan

DAP yakin kembali walau BN punyai momentum kemenangan

TAN KOK WAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: DAP dan Pakatan Harapan (PH) yakin dapat menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) walaupun parti itu mempunyai momentum kemenangan selepas membentuk kerajaan negeri dengan sokongan dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Malah PH dikatakan sebagai model kerjasama terbaik selepas tiada parti didakwa mampu membentuk kerajaan secara bersendirian selepas PRU-14.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai berkata, parti itu sedia menerima kerjasama dengan parti-parti yang mempunyai ideologi politik sehala serta memegang nilai-nilai sama.

“Kita sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti sekalipun, asalkan prinsip dan matlamat parti kita tidak terjejas melalui kerjasama seperti ini.

“PRU mungkin diadakan dalam masa terdekat, BN mahu cuba menunggang momentum kemenangan mereka di Melaka dan Johor. Kita perlu tunjukkan kepada BN yang tidak akan menyerah kalah sebaliknya percaya kemenangan berada di pihak yang berjuang demi kebenaran dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluannya dalam pembukaan Kongres Ke-17 DAP, di sini hari ini.

Kongres yang bertemakan ‘Mencetus Harapan’ itu menyaksikan seramai 93 calon termasuk Lim Guan Eng, Abdul Aziz Bari, Anthony Loke Siew Fook dan Gobind Singh Deo bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (JTP).

Dalam pada itu, Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras memberitahu, beliau terus terlibat dalam arena politik walaupun tidak lagi memegang jawatan dalam parti.

Menurutnya, pemimpin yang dipilih pada hari ini untuk tiga tahun akan datang perlu mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada parti itu dan memastikan pimpinan korup disekat serta tidak kembali berkuasa.

“Persaraan politik bukanlah pilihan saya sekarang, belum lagitetapi saya memilih untuk terus berkhidmat kepada parti dan rakyat dalam peranan serta kapasiti berbeza.

“Kini Malaysia sekali lagi menunjukkan tanda-tanda ke arah kegagalan. Kita tidak mahu melihat Malaysia menjadi negara yang gagal. Kita perlu menawarkan sinar harapan kepada rakyat dengan mendapatkan mandat,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya