Daie Komuniti Yadim di PPR bimbing anak muda kota

Daie Komuniti Yadim di PPR bimbing anak muda kota

IDRIS Ahmad ketika berucap merasmikan Pentas Akhir Akademi Daie Muda Yadim di Universiti Multimedia, Cyberjaya, malam tadi. – IHSAN TV AlHIJRAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Program pembangunan dakwah bakal diperkasa lagi dengan sasaran terus kepada masyarakat di sekitar Kuala Lumpur menerusi pembentukan skuad Daie Komuniti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, usaha itu antara inisiatif berterusan dilaksanakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan seramai 24 orang bakal ditempatkan di kawasan program perumahan rakyat (PPR) di ibu negara. 

Katanya, Daie Komuniti adalah siri kesinambungan program akademi tersebut dengan menyasarkan golongan anak muda warga ibu kota yang serba kompleks.

“Kesemua daie ini ditugaskan mendidik dan mengajar kelompok remaja ini supaya seimbang dari segi kemajuan material serta ketinggian aspek akhlak mereka,” jelas beliau ketika berucap merasmikan Pentas Akhir Akademi Daie Muda Yadim di sini malam tadi.

Pada masa sama, beliau optimis Yadim akan terus meneroka pelbagai program dakwah baharu kepada komuniti belia termasuk penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Program berkonsepkan realiti televisyen itu turut mendapat kerjasama stesen penyiaran TV AlHijrah dan Universiti Multimedia (MMU) dengan disiarkan setiap Sabtu sejak 22 Januari lalu. Seramai 24 peserta mengambil bahagian dengan bimbingan dari felo, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, Isfadiah Mohd. Dasuki, Shah Kirit Kakulal Govindji dan Firdaus Wong Wai Hung.

 Akademi Daie Muda ketika mula diterbitkan pada 2019 lalu dikenali sebagai Felo Muda Dakwah, bertujuan menguji bakat peserta dalam kalangan graduan sebagai pendakwah berpotensi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya