Cuepacs gesa identiti penjawat awam rasuah tidak didedah

Cuepacs gesa identiti penjawat awam rasuah tidak didedah

ABDUL RAHMAN MOHD. NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta supaya identiti penjawat awam yang didakwa di mahkamah membabitkan rasuah tidak didedahkan kepada umum.

Setiausaha Agungnya, Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, pendedahan itu tidak wajar dilakukan kepada penjawat awam yang belum disabitkan kesalahan, kerana ia hanya akan mencemarkan imej individu serta agensi terlibat.

“Kadang-kadang mereka ini baru dituduh dan belum disabitkan kesalahan, jadi saya nak komen sikit tidak perlulah hebahkan identiti dia.

“Mereka ini akan berasa tertekan dengan keadaan, imej dia, keluarga. Kalau sudah disabitkan bersalah itu, lainlah,” katanya pada sidang akhbar selepas seminar anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Banda Hilir, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pendedahan identiti juga akan memberikan tekanan persekitaran kepada individu terlibat yang terpaksa mengambil tempoh masa lama untuk membaiki semula kepercayaan masyarakat.

“Bila berlaku kes (orang kena tuduh) tidak mengaku, dia akan makan masa sampai lima hingga enam tahun untuk baiki hubungan dengan masyarakat. Kalau boleh elakkanlah menghebahkan identiti penjawat awam itu sebelum dia dijatuhi hukuman,” jelasnya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman turut meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kes rasuah dalam kalangan 1.6 juta ahlinya, khususnya mereka yang menjawat jawatan tinggi.

Katanya, sehubungan itu juga, Cuepacs telah menghantar satu memorandum kepada Kementerian Sumber Manusia pada 16 Februari lalu untuk membincangkan semula kenaikan gaji minimum Malaysia kepada RM1,800 bagi mengekang gejala rasuah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN