Covid-19: Kadar Rt turun bawah 0.90

Covid-19: Kadar Rt turun bawah 0.90

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bacaan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di seluruh negara semalam kembali mencatatkan penurunan bawah 0.90.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di laman Facebooknya, hari ini. 

“Kadar Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 30 Mac untuk seluruh negara adalah  0.88,” katanya. 

Bagi pecahan mengikut negeri, Selangor mencatatkan kadar 1.04, Sabah (0.67). Pulau Pinang (0.80), Johor (0.74), Kelantan (0.68), Melaka (0.88) dan Kuala Lumpur (0.87). 

Selain itu, Labuan merekodkan kadar 0.78, Putrajaya (0.79), Negeri Sembilan (0.82), Kedah (0.74), Pahang (0.79), Perak (0.91), Terengganu (0.77), Sarawak (0.88) dan Perlis (0.75). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya