PETALING JAYA: Sebanyak 27,500 jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini berbanding kelmarin sebanyak 25,854 kes menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 3,496,090 orang.
Berdasarkan laman CovidNow, daripada jumlah tersebut, sebanyak 428 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Berikut merupakan pecahan di negeri-negeri:
* Selangor (6,494 kes)
* Kedah (2,752 kes)
* Pulau Pinang (2,422 kes)
* Sabah (2,236 kes)
* Kuala Lumpur (2,092 kes)
* Johor (1,949 kes)
* Kelantan (1,758 kes)
* Pahang (1,430 kes)
* Negeri Sembilan (1,373 kes).
* Sarawak (1,357 kes)
* Pahang (1,331 kes)
* Terengganu (896 kes)
* Melaka (664 kes)
* Labuan (364 kes)
* Perlis (211 kes)
* Putrajaya (171 kes)
– UTUSAN