Contohi Ismail Sabri, Hasni jika mahu UMNO kembali perintah negara

Contohi Ismail Sabri, Hasni jika mahu UMNO kembali perintah negara

MOHD YUSSOF LATIFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Semua ahli UMNO disaran mencontohi sikap dua pemimpin iaitu Naib Presiden merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad sekiranya mahukan parti itu kembali memerintah negara.

Veteran UMNO, Tan Sri Mohd. Yussof Latiff berkata, ahli UMNO terutama golongan muda harus melihat bagaimana kedua-dua pemimpin di peringkat Pusat dan negeri itu menunjukkan keikhlasan untuk setia bersama parti serta tidak menunjukkan kekecewaan terhadap sebarang kritikan.

“Ismail Sabri menunjukkan beliau menghormati hierarki parti walaupun kedudukannya adalah nombor satu dalam kerajaan. 

“Beliau masih menghormati Presiden dan Timbalan Presiden dalam sebarang perkara termasuk sanggup berjalan di belakang Presiden dan berucap (ketika Perhimpunan Agung UMNO) dengan penuh rendah diri,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, Ismail Sabri menyatakan beliau tidak membiarkan obor perjuangan UMNO malap dan akan subur menyala serta membakar semangat perjuangan bersama.

”Beliau mengakui apa saja keputusan dalam Kabinet sentiasa mengutamakan pandangan dan suara UMNO demi menjaga kepentingan rakyat dan menyifatkan dirinya sebagai orang parti.

“Begitu juga Hasni telah menyatakan beliau menerima keputusan untuk memberi laluan jawatan Menteri Besar kepada golongan lebih muda walaupun semasa pilihan raya negeri di Johor itu beliau adalah poster boy sebagai Menteri Besar,” katanya.

Tambahnya, Hasni telah menunjukkan sikap kesetiaannya kepada parti dan  beliau langsung tidak menunjukkan reaksi kekecewaannya.

“Walaupun menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, beliau berjanji membantu Menteri Besar baharu, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk menerajui negeri itu. Jika para pemimpin UMNO mempunyai jiwa yang besar seperti itu, saya yakin rakyat kembali menyokong UMNO dan percaya dengan kepemimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Dalam pada itu tambah beliau, semua pihak di dalam UMNO harus menghentikan sikap tamak haloba, merebut jawatan dan rakus mengaut kekayaan dengan jawatan yang dipegang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya