Cik Lan dah balik rumah - Roslan Shah - Utusan Malaysia

Cik Lan dah balik rumah – Roslan Shah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pengacara, Roslan Shah, memaklumkan dirinya sudah dibenarkan pulang ke rumah semalam, selepas beberapa hari menerima rawatan di hospital akibat tekanan darah tinggi.

Perkara tersebut dikongsikan bintang asal Singapura itu menerusi entri Instagram miliknya.

Menurut Roslan yang lebih mesra disapa Cik Lan, keadaan dirinya kini bertambah balik.  Dia bersyukur kehadrat Ilahi atas keprihatinan orang ramai.

“Kepada peminat dan pengikut Facebook cik Lan di Singapura, Malaysia, Brunei serta Indonesia. Cik Lan sudah pulang ke rumah dan rehatkan diri.

“Terlalu ramai yang bertanyakan khabar kepada cik Lan. Terima kasih semuanya ya. Amin,” katanya di Instagram.

Menjengah menerusi perkongsian lain, pengacara itu sebak kerana ramai yang mendoakan kesihatannya dan bertanya khabar, terutama daripada rakan selebriti.

“Maaf cik Lan tersebak dan menitis air mata kerana ramai yang mendoakan saya dan rakan artis popular tanya khabar juga.

“Terima kasih semua pengikut Instagram ya. Amin. Doakan yang baik-baik sahaja ya… Dan tidak lupa media sosial, wartawan serta radio yang menghubungi cik Lan,” ujarnya.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet dan rakan artis menitipkan kata semangat dan memanjatkan doa yang baik-baik buat Roslan.

“Semoga Allah berikan kesihatan yang baik buat cik Lan. Insya-Allah, Amin,” komen seorang warganet.

“Kekal tabah sifu! Semoga cepat ya cik Lan,” komen juga seorang pengguna.

“Syafakallah cik Lan. Semoga awak cepat sembuh dan kembali aktif ya. Jaga diri,” komen lagi pengguna lain.

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan selebriti tersebut pitam lalu pengsan semasa bersiaran langsung dalam program Wanita Hari Ini (WHI).

Suasana studio dilihat sedikit panik ketika pihak TV3 terus menberhentikan siaran buat seketika sebelum memberikan bantuan kecemasan kepada Roslan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya