Butang panik: Polis tiba dalam tujuh minit - Utusan Malaysia

Butang panik: Polis tiba dalam tujuh minit

SALAH satu lokasi penempatan butang panik di Jonker Walk, Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis Melaka menyediakan butang panik (panic button) untuk mangsa jenayah di sekitar Jonker Walk, Banda Hilir di sini dan respons pantas pertolongan akan diberikan dalam masa kurang tujuh minit.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, setakat ini sebanyak tiga butang telah dipasang di tiang sekitar kawasan itu dan dijangka lima lagi akan ditambah menjelang Jun depan.

Katanya, kemudahan itu adalah projek rintis dan pertama kali dilaksanakan dalam negara oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Panic button ini merupakan inisiatif Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dengan kerjasama penuh syarikat Code 7 Tech Sdn. Bhd. untuk memberikan respons pantas kepada mangsa jenayah.

“Setakat ini kita telah memasang tiga butang iaitu di persimpangan Jalan Hang Kasturi, bersebelahan Smart Hotel dan di Taman Antarabangsa,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan kemudahan itu di sini.

Beliau berkata, butang itu akan mengeluarkan bunyi siren dan signal bakal diterima balai polis pelancong.

“Pasukan yang akan mengambil tindakan adalah skuad rondaan berbasikal unit polis pelancong, unit rondaan bermotosikal (URB) dan Skuad Taming Sari (STS) dengan menggunakan motosikal scrambler.

“Kita telah meletakkan waktu respons iaitu tujuh minit bagi pasukan ini tiba dilokasi jenayah, namun saya percaya waktu itu dapat disingkatkan lagi,” jelasnya.

Abdul Majid menambah, sekiranya inisiatif itu berkesan, satu cadangan kepada Ketua Polis Negara agar ia dilaksanakan di negeri-negeri lain mengikut kesesuaian akan dibuat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya