Buruh Bangladesh tak mengaku salah rogol budak 12 tahun - Utusan Malaysia

Buruh Bangladesh tak mengaku salah rogol budak 12 tahun

BURUH binaan Bangladesh (berbaju biru) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang buruh binaan Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, minggu lalu.

Tertuduh, Md. Kalam Molla, 32, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun lapan bulan di sebuah rumah di Kubang Kerian di sini pukul 2 pagi, 20 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalnaa meminta mahkamah tidak menawarkan jaminan kerana berkemungkinan tertuduh  melarikan diri daripada diadili di negara ini.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 10 Mei depan untuk serahan laporan perubatan mangsa dan sebutan semula kes.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya