Buka sempadan Malaysia-Singapura: Bayaran tol percuma semua kenderaan 

Buka sempadan Malaysia-Singapura: Bayaran tol percuma untuk semua kenderaan 

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberi pengecualian bayaran tol melibatkan semua jenis kenderaan selama tujuh hari sempena pembukaan semula sempadan laluan darat antara Malaysia dengan Singapura. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pengecualian bayaran tol itu diberikan di plaza-plaza tol Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di kedua-dua pintu masuk sempadan negara, iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuh Raya Linkedua). 

“Pengecualian ini adalah selaras dengan pendekatan untuk memudah cara perjalanan rentas sempadan dengan Singapura selain untuk rakyat Malaysia dan pengguna menambah nilai atau memperbaharui kad Touch `n Go (TnG) dan Smart Tag. 

“Keputusan ini turut mengambil kira penutupan sempadan kedua-dua negara sejak dua tahun lalu bagi memastikan kelancaran lalu lintas di kedua-dua plaza tol tersebut dengan pembukaan sempadan laluan darat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pengecualian tersebut adalah tambahan kepada pengecualian Caj Jalan (CJ) yang dikenakan kepada kenderaan persendirian pendaftaran Singapura apabila memasuki Malaysia melalui laluan darat di kedua-dua lokasi. 

Untuk rekod, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menganggarkan sekurang-kurangnya 42,000 kenderaan akan memasuki Malaysia menerusi Tambak Johor dan Linkedua setiap hari, dan keputusan pelepasan tol itu akan memanfaatkan lebih 300,000 perjalanan rentas sempadan Malaysia-Singapura bagi semua pemilik kenderaan. 

“Kerajaan mengalu-alukan kepulangan rakyat Malaysia di Singapura dan ketibaan rakyat Singapura ke Malaysia dengan pembukaan semula sempadan negara ini,” katanya.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya