Budak 11 tahun maut tercampak dari kereta terbabas - Utusan Malaysia

Budak 11 tahun maut tercampak dari kereta terbabas

KEADAAN kereta Nissan Almera yang terlibat kemalangan di Kilometer 340.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Tapah, hari ini. - UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seorang kanak-kanak perempuan maut setelah tercampak keluar dari kereta dipandu bapanya yang terbabas di Kilometer 340.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 1.30 tengah hari itu, N. Ashvika, 11, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian, mangsa bersama ibu dan bapa serta dua adik perempuannya dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Selangor.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, kereta jenis Nissan Almera dipandu bapa mangsa yang merupakan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang hilang kawalan lalu terbabas melanggar besi pembahagi jalan.

“Mangsa yang duduk di bahagian  penumpang belakang tercampak keluar melalui cermin belakang kereta. Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans Hospital Tapah. 

“Kemalangan itu dipercayai turut mengakibatkan adik mangsa berusia enam tahun patah tangan dan kaki kiri. Ibu dan bapa serta seorang lagi adik mangsa berusia 10 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat dan siasatan awal mendapati punca kemalangan akibat terbabas sendiri. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya