Bubar Dewan Rakyat kuasa, budi bicara Agong - Annuar Musa - Utusan Malaysia

Bubar Dewan Rakyat kuasa, budi bicara Agong – Annuar Musa

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menegaskan kuasa membubarkan Dewan Rakyat tertakluk di bawah kuasa dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

Tanpa menyebut mana-mana pihak, bekas Setiausaha Agung UMNO itu meminta mereka menghormati Perlembagaan negara dan mengambil iktibar daripada beberapa peristiwa yang telah berlaku.

“Belajarlah daripada beberapa peristiwa yg telah berlalu. Hormati perlembagaan negara, terutama yang melibatkan kuasa dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong. Ini termasuk kuasa membubarkan Dewan Rakyat.

“Justeru, harus ada cara yang halus, tertib dan bijaksana mengurusnya. Bukan dengan sorak sorai tidak bertempat. Jangan mendahului kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu dipercayai berkata demikian susulan cakap-cakap mengenai pembubaran Parlimen hadir selepas Barisan Nasional (BN) menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lepas.

Sewaktu BN menyambut kemenangan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Bangunan UMNO Johor tempoh hari, tumpuan media turut terarah kepada insiden laungan ‘bubar Parlimen’ di pekarangan bangunan tersebut.

Laungan tersebut dilakukan oleh sebilangan besar penyokong dan ahli parti itu, mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu sedang menuju ke satu lagi ruang masuk pejabat perhubungan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya