Bomba bantu pekerja ladang warga Indonesia terperangkap banjir dua hari 

Bomba bantu pekerja ladang warga Indonesia terperangkap banjir dua hari 

ANGGOTA bomba menyelamatkan lima pekerja warga Indonesia yang terperangkap selama dua hari di rumah kongsi Ladang Meserah, Kuala Jengal, Dungun, Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Lima pekerja ladang warga Indonesia berdepan detik cemas apabila terperangkap selama dua hari di Ladang Meserah, Kuala Jengal di sini akibat banjir sebelum berjaya diselamatkan, semalam.

Kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 40-an termasuk seorang wanita itu bertindak menghubungi pihak berkuasa selepas terputus bekalan makanan akibat banjir.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Zul Husni Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3 petang, semalam. 

“Difahamkan, mereka terperangkap selama dua hari di rumah kongsi di ladang itu yang terputus hubungan jalan darat.

“Kita terpaksa menggunakan bot bagi menyelamatkan mangsa dan operasi itu berdepan cabaran kerana arus sungai yang deras di samping timbunan kayu balak,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya