BN lepasi 'garis penamat' - Mohamad - Utusan Malaysia

BN lepasi ‘garis penamat’ – Mohamad

MOHAMAD Hassan (tengah) ketika hadir pada majlis ramah mesra di PDM Kampung Lukut, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Barisan Nasional (BN) yakin telah melepasi ‘garis penamat’ menjelang dua hari lagi proses mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu ini.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, ia berikutan hasil analisis diperoleh dari bilik perang dan laporan timbal balik menyatakan BN mampu memperoleh 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

“Alhamdulillah bacaan dan anggaran saya buat, war room buat dan laporan-laporan kita timbal balik, setakat hari ini BN melepasi garis penamat tetapi dalam politik macam-macam boleh berlaku.

“Maka baki hari ini dan esok untuk kita pastikan jentera terus dekati seramai mungkin pengundi agar kedudukan kita dapat diperkasa dan diperkukuhkan lagi,” katanya kepada pemberita selepas hadir majlis ramah mesra di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Lukut hari ini.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tenggara merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Seri Dr. Adham Baba; calon BN DUN Panti, Hahasrin Hashim dan calon BN DUN Pasir Raja, Rashidah Ismail.

Mohamad berkata, jentera perlu bekerja lebih kuat dalam tempoh dua hari ini sekiranya mahukan 38 kerusi meskipun BN telah mencapai garis penamat.

“Kalau 28 kerusi seri, 29 kerusi boleh tubuh kerajaan bila saya kata garis penamat dah lepas la tu, jadi nak nasi tambah sambal ke belacan kena kerja kuat lagi supaya yang penting dapat dua per tiga lagi selamat.

“Seperti di Melaka dah selamat aman tak ada kotak katik bahkan Melaka mencurah-curah banyak pelabur datang. Ini yang kita nak bila pelabur datang orang muda dapat manfaat.

“Banyak pelabur datang buka industri, buka perniagaan mereka pun perlukan tenaga kerja maka peluang pekerjaan banyak terbuka untuk mereka,” katanya.

Tambahnya, seperti di DUN Panti dan Pasir Raja walaupun mengikut perkiraan kedua-dua kerusi telah melepasi garisan (kemenangan) tetapi jentera jangan rasa selesa.

“Saya takut jentera selesa. (Kena) kerja kuat hingga tengah malam esok dan Sabtu pagi kita tak boleh bersenang lenang sikap pengundi kita kaji ada yang putih dan tidak.

“Pengundi putih perlu dikeluarkan seramai dan seawal mungkin, tidak guna kalau sokong tapi tak keluar undi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya