Beruang merayau-rayau di sawah padi - Utusan Malaysia

Beruang merayau-rayau di sawah padi

SEEKOR beruang dikesan berkeliaran dekat sawah padi menimbulkan kegemparan kepada penduduk di Parit 13 Sungai Panjang, Sungai Besar di Sabak Bernam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Penduduk Parit 13 Sungai  Panjang, Sungai Besar di sini, gempar apabila menemukan seekor beruang matahari berkeliaran di sawah padi semalam.

Kejadian pukul 9.30 pagi disedari seorang penduduk yang terus menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Pengarah Perhilitan Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, sepasukan anggota  Perhilitan Sabak Bernam bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat itu.

“Setibanya kira-kira pukul 10 pagi, anggota kita dimaklumkan bahawa beruang dewasa itu sudah memasuki ke sebuah kebun berdekatan.

“Hasil pemantauan kemudian menemukan kesan tapak kaki haiwan itu di sekitar kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, pihaknya menjalankan rondaan di sekitar kawasan itu namun tidak menemui beruang berkenaan.

Katanya, pemantauan lanjut akan dilakukan pihaknya di kawasan itu bagi mengesan beruang berkenaan. 

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial menerusi gambar seekor beruang berwarna hitam yang berada di kawasan sawah padi.

Pada pertengahan Julai tahun lalu, seekor beruang matahari dewasa ditemukan merayau di sekitar Sungai Panjang.

Beruang itu berada di tepi jalan dan hilang selepas memasuki kawasan hutan yang didakwa menjadi habitatnya sejak sekian lama.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya