Beli kit ujian kendiri dalam jumlah perlu sahaja - MMA  - Utusan Malaysia

Beli kit ujian kendiri dalam jumlah perlu sahaja – MMA 

KEPERLUAN bagi melakukan ujian kendiri adalah hanya selepas menghadiri majlis besar, melawat warga emas atau individu yang lemah imun atau yang menunjukkan simptom. – GAMBAR HIASAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan untuk membeli kit ujian kendiri Covid-19 dalam jumlah yang diperlukan sahaja.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Koh Kar Chai berkata, bekalan kit ujian di pasaran adalah mencukupi dan ia hanya akan menyusut apabila orang ramai membuat pembelian panik.

Justeru, beliau mengingatkan supaya semua pihak tidak bimbang mengenai keperluan melakukan ujian kendiri setiap hari melainkan atas tuntutan kerja.

“Golongan profesional kesihatan pun tidak menguji diri mereka setiap hari sekiranya ia jelas diperlukan untuk berbuat demikian dalam situasi berisiko tinggi tertentu.

“Keperluan bagi melakukan ujian kendiri juga adalah hanya selepas menghadiri majlis besar, melawat warga emas atau individu yang lemah imun atau yang menunjukkan simptom,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kar Chai berkata, adalah berhemat untuk semua pihak menjaga prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sepanjang masa memandangkan varian Omicron yang tinggi menyebabkan jumlah kes positif harian turut meningkat hingga mencapai kemuncak.

“Walaupun ketepatan kit ujian kendiri mungkin tidak setanding dengan ujian Kit Ujian Pantas Antigen (RTK Ag) dan Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT PCR) profesional, kit ujian kendiri berguna dalam mengesan kehadiran virus pada kes-kes bergejala,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya