SHAH ALAM: Seorang bekas pengurus sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pengangkutan akan dihadapkan ke mahkamah di sini, esok apabila didakwa menggunakan kedudukan untuk membantu syarikat milik isterinya mendapatkan kontrak bernilai kira-kira RM80,000.
Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu yang kini bekerja sebagai pengurus di syarikat milik isterinya, pada Ogos 2019 dikatakan melantik syarikat terbabit sebagai sub kontraktor pengangkutan.
Bagaimanapun, menurut sumber, dia kemudian ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada pukul 2 petang tadi.
Pengarah Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN