Bekalan air sekitar Gombak kembali pulih

Bekalan air sekitar Gombak kembali pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekalan air di sekitar Gombak, dekat sini kembali pulih selepas kerja-kerja pembaikan injap bocor di Warta Lama, Jalan Kucing, Gombak, dekat sini siap pada pukul 2 pagi ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, bekalan air disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna dan dijangka tempoh masa pemulihan adalah berbeza mengikut lokasi dan jarak.

“Bantuan alternatif seperti lori tangki terus digerakkan ke kawasan terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Perkembangan berkaitan bekalan air dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media sosial seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter,” katanya.

Semalam, sebanyak 144 kawasan di Gombak dan Kuala Lumpur dilapor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan terdapat injap bocor di Warta Lama, Jalan Kuching.

Kerja-kerja pembaikan injap bermula pada 11 pagi dan dijangka siap sepenuhnya pukul 9 malam semalam namun berlaku kelewatan sehingga 2 pagi berikutan hujan lebat.

Menurut Air Selangor, sebarang pertanyaan atau aduan diajukan menerusi saluran komunikasi tanpa suara di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya