Bazar terbesar sasar 500,000 pengunjung

Bazar terbesar sasar 500,000 pengunjung

PAWAN Ishak (barisan belakang, empat dari kanan) bersama sebahagian peniaga yang menyertai BKR 2022 di Acappella Suite Hotel, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bazar Kita Raya (BKR) berhasrat menjadi bazar terbesar dengan menyasarkan kunjungan sehingga 500,000 apabila dibuka menjelang Syawal ini di Stadium Shah Alam, di sini, dari 23 April hingga 1 Mei ini.

Pengarah Urusan Arena Vision Management, Pawan Ishak berkata, bazar tersebut dijangka menjadi bazar terbesar di Selangor, dengan jangkaan lebih 400 peniaga menjual barang menyambut Hari Raya Aidillfitri.

“Kita memperuntukkan 500 khemah kepada 500 peniaga, namun setakat ini hanya 400 peniaga yang sudah membuat pengesahan menyertai bazar ini.

“Jadi, saya harap 100 khemah ini dapat diisi peniaga, terutama sekali mereka yang menjual kuih hari raya kerana penyertaan peniaga kategori tidak ada,” katanya dalam sidang akhbar pemakluman BKR 2022 semalam.

Menurutnya, setiap peniaga dikenakan caj sewa khemah sebanyak RM1,500 untuk satu khemah dan diskaun diberikan kepada mereka yang menyewa lebih dari satu khemah.

Sementara itu, kata Pawan, pelbagai barangan menyambut perayaan berkenaan seperti pakaian tradisional Melayu, makanan tradisional Melayu, alat perhiasan rumah dan sebagainya ditawarkan dalam BKR 2022.

“Saya harap ramai pengunjung hadir ke BKR 2022 kerana banyak usahawan yang mahu membangkitkan semula perniagaan mereka setelah terkesan teruk akibat pandemik Covid-19.

“Kita akan pastikan semua pengunjung mengikut prosedur operasi standard (SOP) fasa endemik Covid-19 yang ditetapkan kerajaan kerana tidak mahu ada jangkitan Covid-19 berlaku dalam bazar berkenaan.

“Peniaga akan mula berniaga pukul 5 petang sehingga 12 tengah malam,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya