KOTA BHARU: Tumpat menjadi jajahan terbaharu di negeri ini yang ditenggelami banjir apabila seramai 325 mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) bermula semalam.
Situasi itu menjadikan mangsa banjir di negeri ini kembali meningkat kepada 8,912 orang sebagaimana yang dilaporkan oleh laman sesawang InfobencanaJKM setakat pukul 10 pagi tadi berbanding semalam, 8,359 orang.
Bagaimanapun, jajahan Pasir Mas terus menempatkan mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 8,476 orang.
Sementara itu, portal ebanjirkelantan.gov.my menunjukkan Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu, Tumpat masih berada pada paras amaran. – UTUSAN