Banjir Terengganu pulih sepenuhnya selepas sembilan hari

Banjir Terengganu pulih sepenuhnya selepas sembilan hari

PENDUDUK meredah sungai pulang ke rumah selepas banjir mulai surut dalam tinjauan Utusan Malaysia di Kampung Betong, Hulu Terengganu, hari ini. - FOTO/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Banjir gelombang kelima yang melanda negeri ini sejak sembilan hari lalu, pulih sepenuhnya hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, kesemua 477 mangsa bah terakhir yang menghuni pusat pemindahan sementara (PPS) di Hulu Terengganu sudah pulang ke rumah masing-masing mulai pukul 1 petang ini.

“Serentak itu, tiga PPS di Dewan Institut Felcra Betong, Sekolah Kebangsaan (SK) Menerong dan Felcra Gunung Menerong ditutup serta-merta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Banjir besar yang melanda sejak 25 Februari lalu menyaksikan seramai 17,792 mangsa melibatkan 4,568 keluarga terkesan di seluruh negeri.

Daerah Hulu Terengganu paling teruk terjejas berikutan kejadian banjir puing hingga banyak kediaman penduduk rosak dipenuhi lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya