Banjir: Paras sungai turun, Taman Sri Muda selamat

Banjir: Paras sungai turun, Taman Sri Muda selamat

PARAS air Sungai Klang meningkat sejak petang tadi sehingga melepasi benteng di Kunci Pintu Air Taman Sri Muda, Seksyen 25 di Shah Alam, Selangor, pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penduduk di Taman Sri Muda boleh menarik nafas lega apabila paras air Sungai Klang menunjukkan trend penurunan sekali gus mengurangkan kemungkinan berlakunya banjir sekali lagi.

Jangkaan tersebut berlaku selepas air sungai melimpah menerusi tebing di kawasan Kunci Pintu Air di sana antara pukul 7 hingga 9 malam tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pemeriksaan pihaknya di kunci air itu mendapati air Sungai Klang mulai melimpah kira-kira pukul 6 petang tadi (Isnin).

“Ban di sekeliling kunci air berdekatan sungai tersebut tidak pecah seperti yang berlaku pada minggu lalu.

“Meskipun melimpah, ia tidak mengakibatkan banjir di kawasan terbabit, dengan air sungai mulai surut kira-kira pukul 9 malam,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Terdahulu lebih 20 kawasan di Hulu Langat, Gombak, Petaling, Klang dan Kuala Selangor dilanda banjir kilat akibat hujan lebat pada petang tadi.

Hujan lebat itu turut menenggelamkan sebahagian besar kawasan ibu kota sebelum Terowong Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart) diaktifkan sepenuhnya.

Sementara itu, makluman daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan lebih 700 mangsa banjir melibatkan 167 keluarga dipindahkan di Pusat pemindahan sementara  (PPS) di lima daerah terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya