Banjir: 319 calon SPM Terengganu ambil peperiksaan di sekolah lain

Banjir: 319 calon SPM Terengganu ambil peperiksaan di sekolah lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 319 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari empat sekolah di Terengganu dijadualkan menduduki peperiksaan di sekolah lain susulan banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, sekolah yang terlibat dengan pemindahan itu ialah tiga di Hulu Terengganu manakala satu di Kemaman.

Katanya, seramai 131 pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudiah di Hulu Terengganu dipindahkan ke SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin di sini manakala 63 pelajar Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Hulu Terengganu dipindahkan ke SM Imtiaz Kuala Terengganu. 

“Selain itu, seramai 41 calon Madrasah Moden Hulu Terengganu dipindahkan ke SMA Khairiah di Kuala Terengganu.

“Di Kemaman pula, kesemua 84 calon SMK Air Putih dipindahkan ke SMK Cheneh Bharu,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ni.

Menurut Satiful Bahri, seramai 18,815 pelajar tingkatan lima di seluruh negeri bakal menduduki peperiksaan SPM, bermula esok.

Katanya, daripada jumlah itu, sejumlah 3,027 calon di Besut diikuti Dungun (2,322 orang), Hulu Terengganu (1,564 orang), Kemaman (2,907 orang), Kuala Nerus (2,385 orang), Kuala Terengganu (3,886 orang), Marang (1,634 orang) dan Marang (1,090 orang). UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya