Bagai satu tamparan hebat - Aishah - Utusan Malaysia

Bagai satu tamparan hebat – Aishah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi hebat, Datuk Aishah Ariffin, 57, mengakui terasa bagai satu tamparan hebat apabila diminta mengikuti kelas vokal ketika menyertai Anugerah Juala Lagu (AJL) beberapa tahun yang lalu.

Namun kata penyanyi bervokal mantap ini, tindakan tersebut telah membuka mata tentang banyak perkara lebih-lebih lagi ilmu nyanyian yang sebelum ini belum pernah dipelajarinya.

“Sebelum ini, saya tidak pernah belajar menyanyi. Cuma ikut naluri dan perasaan. Tak ada ilmu.

“Saya mula masuk kelas secara konsisten ketika bertanding di AJL membawakan lagu Aku Bidadari Syurgamu beberapa tahun yang lalu. Ketika itu komposer, Ippo Hafiz minta saya masuk kelas guru vokal, Shafizawati Sharif atau Cikgu Shafi.

“Kalau ikutkan, bagai satu tamparan hebat untuk seorang penyanyi yang sudah menyanyi lebih 30 tahun, disuruh komposer muda masuk kelas vokal,” selorohnya.

Kata Aishah, ketika disuruh menyertai kelas vokal, beliau bersikap terbuka dan merasakan perkara itu perlu untuk memperbaiki mutu nyanyian.

“Okey. Saya terbuka, tahu diri saya. Tak pernah belajar. Kita menyanyipun ikut naluri. Dan saya juga suka belajar. Saya sedar. MasyaAllah, banyak benda yang saya tidak tahu.

“Sebagai seorang yang sudah lama menyanyi, saya ada instrumen. Tetapi sebenarnya, kerana tidak ada ilmu nyanyian, saya tidak gunakan intsrumen yang dianugerahkan itu dengan sebaik mungkin. Kadang buat jadi, kadang tidak.

“Jadi, tanpa ilmu saya tidak tahu. Tetapi bila sudah belajar, baru saya tahu banyak benda. Waima perkara yang kecil-kecil,” katanya lagi.

Untuk rekod, sekitar penghujung Februari yang lalu, Aishah sekali lagi diuji dengan jangkitan wabak Covid-19.

Mengulas tentang perkara itu, penyanyi lagu Janji Manismu ini memberitahu kesihatannya sudah pulih seperti biasa namun terpaksa menanggung kesan jangka panjang wabak tersebut.

“Alhamdulillah, saya dah sihat cuma biasalah long Covid ini buat kita cepat penat.

“Cuma sekarang ini anak-anak saya pula positif. Jadi buat masa ni saya jadi missy dan tukang masak jaga dia orang,” ujarnya.

– habis –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya