Asyik-asyik tolak soalan saya - Anwar Ibrahim 

Asyik-asyik tolak soalan saya kalau libat Kementerian Pertahanan – Anwar Ibrahim 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangannya setiap kali mahu bertanyakan soalan tentang Kementerian Pertahanan, namun ditolak dan digantikan dengan soalan berlainan menerusi sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat. 

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, kejadian tersebut bukan berlaku pertama kali malah, telah berulang sehingga tidak berpeluang mendapat jawapan daripada Kementerian Pertahanan terutama mengenai perolehan. 

“Tuan Yang Dipertua, yang mengkhuatirkan saya soalan ketua pembangkang apabila menyentuh soal perolehan Kementerian Pertahanan selalu ditolak, diganti dengan soalan-soalan lain. 

“Saya setuju dengan soalan ini (kadar pengangguran) tetapi saya khuatir mengapa Pejabat Speaker dengan menteri berkenaan menolak setiap soalan saya mengenai perolehan Kementerian Pertahanan. Ini bukan kali pertama, berulang kali, jadi saya minta diberi perhatian. (Terus kepada) soalan kedua,” kata Anwar Ibrahim hari ini. 

Perkara itu dibangkitkan Anwar sebelum bertanya soalan mengenai pengangguran dalam kalangan belia seperti yang telah disusun Pejabat Speaker menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini. 

Selesai sesi jawab lisan mengenai isu tersebut dengan Kementerian Sumber Manusia, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon memaklumkan kepada Anwar bahawa soalan melibatkan Kementerian Pertahanan ‘tidak naik’ kerana menterinya ‘not available’ ketika ini dan akan diangkat pada masa akan datang. 

“Tapi, bukan sekali (ini berlaku), sudah banyak kali soalan saya tanya pasal perolehan kementerian, menteri not available,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya