Apa motif menteri, timbalan menteri UMNO berkumpul? - Utusan Malaysia

Apa motif menteri, timbalan menteri UMNO berkumpul?

SHAHIDAN Kassim dilihat antara yang hadir dalam pertemuan menteri dan timbalan menteri UMNO di Putrajaya. - SUMBER MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu pertemuan membabitkan antara beberapa menteri dan timbalan menteri UMNO di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya hari ini menimbulkan pelbagai persoalan mengenai tujuan mesyuarat tersebut.

Difahamkan beberapa anggota Kabinet seperti Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dilihat tiba pada pukul 8.45 pagi manakala kelibat Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim pula muncul pada 9.37 pagi.

Bagaimanapun, Annuar ketika didekati media bagi menjelaskan pertemuan itu hanya berkata: “Mana ada. Datang sarapan sahaja.” 

Utusan Malaysia sedang mendapat maklum balas Shahidan berhubung tujuan pertemuan tersebut, namun beliau masih belum menjawab kiriman mesej.

Sebelum ini, Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang berlangsung minggu lalu memutuskan agar Top 5 UMNO diberikan peluang untuk membincangkan cadangan pembubaran Parlimen bagi memberi ruang kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Namun desakan itu semakin kuat apabila kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob gagal meluluskan usul Kementerian Dalam Negeri untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) pada Rabu lalu.

Hal ini setelah seramai 86 ahli Parlimen ahli Parlimen pembangkang tidak bersetuju melanjutkan usul tersebut, 84 ahli Parlimen Kerajaan bersetuju manakala 50 ahli Parlimen tidak hadir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya