Anti Lompat Parti: RUU pindaan Perlembagaan dibentang Ramadan ini

Anti Lompat Parti: RUU pindaan Perlembagaan dibentang Ramadan ini

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan bagi menyekat melompat parti dalam kalangan wakil rakyat akan dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat melalui satu Sidang Khas pada bulan Ramadan ini. 

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberikan komitmen berhubung RUU Pindaan Perlembagaan tersebut dalam pertemuan yang membabitkan tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) di Bangunan Parlimen hari ini.

Katanya, segala isu teknikal dan takrifan perlu diselesaikan oleh Jawatankuasa Teknikal Bi-partisan dalam masa yang terdekat.

“Kami memberikan komitmen penuh bahawa pihak Pakatan Harapan akan memberikan kerjasama untuk memastikan pindaan Perlembagaan anti lompat parti dapat diluluskan dan melarang sebarang tindakan melompat parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Anthony, agenda utama mesyuarat tersebut ialah berkenaan status pembentangan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan untuk menghalang tindakan lompat parti di kalangan wakil rakyat yang merupakan salah satu syarat utama dalam MoU Persefahaman di antara Kerajaan Persekutuan dan PH.

Selain beliau, pertemuan juga dihadiri Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Saifudin Nasution yang mewakili Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani kuarantin di rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya