Anthony Loke sah Setiausaha Agung DAP baharu

Anthony Loke sah Setiausaha Agung DAP baharu

ANTHONY Loke Siew Fook melambaikan apabila diumumkan sebagai Setiausaha Agung DAP yang baharu disamping barisan Ahli CEC dalam Kongres DAP Ke-17 dekat IDCC di Shah Alam, Selangor, hari ini. - FOTO/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Menepati jangkaan, pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP menyaksikan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook dipilih sebagai Setiausaha Agung baharu bagi penggal 2022-2025 secara sebulat suara dalam Kongres DAP Ke-17 hari ini.

Pemilihan tersebut juga memperlihatkan bekas Setiausaha Agung, Lim Guan Eng menjadi Pengerusi Kebangsaan menggantikan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.

Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang mengetuai senarai terpilih dalam CEC mengekalkan kedudukannya sebagai Timbalan Pengerusi Kebangsaan.

Anthony akan dibantu oleh tiga timbalan yang mana dua daripadanya dilantik ke dalam CEC, mereka adalah Liew Chin Tong, Sivakumar Varatharaju Naidu (dilantik), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (dilantik).

Berdasarkan pemilihan tersebut, ‘dinasti lim’ dilihat masih tidak meninggalkan kepimpinan parti apabila bekas Penasihat DAP, Lim Kit Siang diangkat menjadi mentor parti walaupun beliau mengumumkan persaraannya daripada politik.

Anthony Loke dalam ucapan ringkasnya dalam sidang akhbar memberitahu, DAP kini memasuki fasa seterusnya menerusi pemilihan kepimpinan baharu yang menyaksikan generasi ketiga menerajui parti tersebut.

Menurutnya, beliau menghargai para perwakilan dan memberikan sokongan kepada pemilihan CEC yang baharu serta kepimpinan sebelum ini yang memberikan kejayaan kepada parti menerusi keputusan dalam pilihan raya lepas.

“Ini adalah satu era kepimpinan generasi ketiga dalam DAP. Kita ada generasi pertama, Kit Siang yang telah pun bersara, kita ada pemimpin generasi kedua seperti Kok Wai, Guan Eng yang masih berada dalam CEC, tetapi mereka memberikan ruang kepada pemimpin generasi ketiga seperti saya, Gobind, Nga Kor Ming, Liew Chin Tong, Steven Sim, Teo Nie Ching dan semua yang lain.

“Dalam DAP ada banyak bakat, kekuatan dan pendekatan yang akan saya bawa akan meneruskan tradisi kita, kepimpinan berkualiti, inklusif supaya setiap pemimpin DAP sama ada dalam CEC atau tidak mereka akan bersama-sama memainkan peranan untuk membawa parti lebih kuat,” katanya di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini.

Dalam pada itu, pemilihan jawatankuasa itu turut bersetuju melantik lima orang ke dalam CEC iaitu Sivakumar Varatharaju Naidu, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji, Khoo Poay Tiong, Ganabatirau Veraman dan Syahredzan Johan.

Terdahulu dalam keputusan pemilihan CEC, Gobind Singh mendapat undian tertinggi sebanyak 1,782 diikuti dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (1,641) dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook (1,625).

Mereka berjaya memperoleh undi lebih banyak berbanding Guan Eng (1,311); Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suih Sim (1,373); Ahli Parlimen Cheras, Kok Wai (1,263); Ahli Parlimen Teluk Intan, Ngar Kor Ming.

Sementara Young Syefura Othman yang memenangi jawatan Timbalan Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP (DAPSY) memperoleh 991 undi berada di hadapan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto dengan 978 undi. Ketua DAPSY, Dr. Kelvin Yii Lee tidak bertanding dalam pemilihan CEC.

Young Syefura yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari merupakan satu-satunya calon Melayu yang berada senarai 30 tertinggi yang terpilih sebagai ahli CEC. – UTUSAN

Berikut adalah senarai Ahli CEC bagi penggal 2022 hingga 2025.

Pengerusi Kebangsaan: Lim Guan Eng

Timbalan Pengerusi Kebangsaan: Gobind Singh Deo

Naib Pengerusi Kebangsaan

Nga Kor Ming

Chow Kon Yeow

Chong Chieng Jen

M. Kulasegaran

Teresa Kok Suh Sim

Setiausaha Agung: Loke Siew Fook

Timbalan Setiausaha Agong

Liew Chin Tong

Sivakumar Varatharaju Naidu (dilantik)

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (dilantik)

Bendahari Kebangsaan: Fong Kui Lun

Penolong Bendahari Kebangsaan: Ng Sze Han

Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Sim Chee Keong

Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan:

Ng Suee Lim

Khoo Poay Tiong (dilantik)

Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Teo Nie Ching

Penolong Setiausaha Publicity Kebangsaan

Yeoh Tseow Suan

Ganabatirau Veraman (dilantik)

Setiausaha Antarabangsa: Jannie Lasimbang

Penolong Setiausaha Antarabangsa: Kasthuriraani Patto

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan: Wong Kah Woh

Penolong Pengarah Politik Kebangsaan: Wong Shu Qi

Ahli Jawatankuasa

Tan Kok Wai

Lim Lip Eng

Lim Hui Ying

Alice Lau Kiong Yieng

Chan Foong Hin

Liu Tian Khiew

Tan Hong Pin

Young Syefura Othman

Teo Kok Seong

Su Keong Siong

Wu Him Ven

Syahredzan Johan (dilantik)

Mentor Parti: Lim Kit Siang

Penasihat: Tan Kok Wai

Ketua Parlimen: Nga Kor Ming

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya