Angkat lebih ramai wanita jadi ahli Parlimen

Angkat lebih ramai wanita jadi ahli Parlimen

YOUNG SYEFURA OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia memerlukan lebih ramai wakil wanita untuk memimpin negara supaya isu-isu berkaitan wanita dapat diberikan tumpuan dan undang-undang untuk membela nasib wanita dapat digubal dan dikuatkuasakan.

Ketika ini, hanya 33 wanita yang berkhidmat sebagai ahli Parlimen bersamaan dengan 14.86 peratus daripada 222 kerusi Parlimen.

Bukan itu sahaja, hanya 84 wanita yang pernah dilantik sebagai ahli Parlimen sejak badan penggubal undang-undang tertinggi negara itu diwujudkan pada 11 September 1959.

Angka wakil wanita meningkat daripada tiga orang (2.88%) pada 1959 kepada 20 orang (10.36%) pada 1999 namun kekal sekitar 10 hingga 11 peratus antara 1999 dan 2016, sehinggalah wakil wanita meningkat kepada 14.41 peratus pada 2018 dan 14.86 peratus (2022).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman menyifatkan, angka itu membuktikan bahawa Malaysia memerlukan lebih ramai wakil wanita di Parlimen.

Katanya, antara isu yang melibatkan wanita yang perlu ditangani segera ialah seperti rogol dalam perkahwinan, isu kerakyatan anak-anak kepada wanita Malaysia berkahwin dengan warga luar dan lahir di luar negara, perkahwinan bawah umur dan lain-lain.

Katanya, menurut Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) 2020, skor wanita dalam sub-indeks penguasaan politik adalah yang terendah berbanding sub-indeks yang lain iaitu hanya 0.1.

Disebabkan itu, Young Syefura menganggap, jika lebih ramai wakil wanita dilibatkan dalam proses penggubalan undang-undang dan polisi, ia sedikit sebanyak memberikan impak yang lebih menyeluruh kepada setiap perkara yang melibatkan wanita.

“Wanita lebih memahami keadaan yang dilalui dan dialami oleh golongan wanita yang lain berbanding lelaki,’’ katanya sempena Hari Wanita 2022 yang bertemakan Saksama Bersama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya