KIRA-KIRA 160 orang pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah Lipis (PDL) termasuk orang awam yang berurusan di premis berkenaan terkejut serta bergegas turun ke kawasan lapang di belakang bangunan berikutan panggilan ‘ancaman bom’ pada 13 Januari 2022, pukul 10 pagi di sini. Serentak dengan bunyi siren amaran dan arahan menerusi pembesar suara supaya segera mengosongkan bangunan pentadbiran daerah Lipis, beberapa buah kereta peronda polis termasuk van Unit Persenjataan Kimia, Biologikal, Radiologikal, Nuklear dan Letupan (CBRNE) Polis Di Raja Malaysia (PDRM) turut memasuki perkarangan PDL. Kira-kira 30 orang anggota CBRNE dan kawalan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya