Anak pasangan Scha Alyahya, Awal Lara Alana patah tulang tangan

Anak pasangan Scha Alyahya, Awal Lara Alana patah tulang tangan

lara
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anak pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Lara Alana dimasukkan ke sebuah hospital swasta selepas mengalami patah tulang tangan kirinya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan di akaun milik Lara sendiri, baru-baru ini.

Menerusi kapsyen, anak kepada pasangan selebriti itu mengalami kecederaan sewaktu bermain bersama rakan-rakan di kawasan kediamannya.

“Okay lah ramai yang tanya cerita dia macam ini… Pulang sahaja dari Langkawi hari itu, Lara pun seperti biasa main dengan kawan-kawan di kawasan rumah.

“Biasalah lama tidak berjumpa rakan… Teruja… tiba-tiba masa berlari-lari, tersungkur dan jatuh atas jalan.

“Seluar koyak dan lutut berdarah. Daddy pujuk masuk mandi dan bersihkan luka,” katanya.

Mengulas lanjut, mereka terus bergegas membawa puteri sulungnya ke hospital selepas dia mengadu tangan dan lengannya sakit.

“Mula-mula tidak perasan, tiba-tiba mengadu sakit tangan dan lengan mula bengkak.

“Bawa pergi ke kecemasan, terus buat X-Ray… Dua tulang patah,” kongsinya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti menitipkan semangat dan mendoakan agar segera diberikan kesembuhan.

“Cepat sembuh Lara sayang,” komen penyanyi Zizi Kirana.

“Allahuakbar, Subhanallah. Semoga cepat sembuh,” komen pelakon Amyra Rosli.

“Insya-Allah, Lara cepat sembuh kerana dia masih kanak-kanak lagi. Jangan risau ya pertumbuhan tulang sedang meningkat. Banyakkan minum susu kalsium,” komen pemilik akaun @ct_zuwariah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya