Amran Tompel meninggal dunia - Utusan Malaysia

Amran Tompel meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Permata seni negara, Amran Aman Ramli atau Amran Tompel meninggal dunia hari ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 72 tahun sekitar pukul 4.37 petang dikediaman beliau di Senawang, Negeri Sembilan.

Berita duka itu dikongsikan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.

Seniman dalam kenyataan tersebut memberitahu pihaknya akan memaklumkan kepada semua rakan-rakan media berkenaan masa dan tempat arwah dikebumikan sebaik pihak keluarga menetapkan prosesnya.

“Seniman menyifatkan beliau sebagai seorang yang berbakat besar dan seorang pelawak serta pelakon yang tiada tandingannya.

“Jenazah beliau kini berada dirumahnya di Senawang Negeri Sembilan dan telahpun dibawa ke Hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Seniman turut menitipkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian pelakon berkenaan.

“Seluruh Kepimpinan Tertinggi dan Barisan Exco Seniman mengucapkan Takziah buat ahli keluarga dan semoga tabah hadapi ujian Ini,” katanya lagi.

Allahyarham dilahirkan pada 27 Oktober 1950 di Singapura. Beliau meninggal dunia akibat kanser usus yang dihidapi sejak sekian lama. Allahyarham meninggalkan empat orang anak.

Pada tahun 1987 Amran tampil dengan filem pertama iaitu Keluarga 69 sebagai watak Joe.

Pelakon yang cukup disegani ini juga membintangi beberapa buah drama dan filem antaranya Buai Laju-laju, Tak Ori Tapi Ok, Salah Bapak, Bilut, Baik Giler, Lu, Gua, Bro, Gerak Khas dan banyak lagi.

– habis –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN