Ali XPDC sudah sedar

Ali XPDC sudah sedar

Ali XPDC (tengah) dan Roslan (kiri) dalam satu program di pusat tahfiz baru-baru ini. ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyanyi, Ali XPDC sudah sedar selepas ditidurkan akibat kesukaran untuk bernafas.

Pengerusi Pusat Tahfiz Ulumulquran Wal Ahadith, Roslan Ariffin berkata, beliau menerima perkhabaran tersebut melalui aplikasi WhatsApp isterinya hari ini.

“Alhamdullillah saudara Ali XPDC telah sedar dan difahamkan berada dalam keadaan stabil. Saudara Ali XPDC sebagai duta tahfiz kami, sentiasa kami doakan akan kesejahteraannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan, pusat tahfiz tersebut mengadakan majlis doa selamat dan bacaan Yasin setelah mengetahui keadaan Ali XPDC yang dirawat di sebuah hospital di Ampang.

Ali XPDC atau nama sebenarnya Mohd. Ali Ismail, 53, yang dimasukkan ke Hospital Ampang, Jumaat lalu terpaksa ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas.

Isterinya, Sharifah Azuwanna Syed Joned dalam satu kiriman suara kepada rakannya memohon semua peminat terutama rakan-rakan suaminya melakukan solat hajat dan bacaan Yassin untuk kesejahteraan Ali.

Mengulas lanjut, Roslan berkata, pihaknya sentiasa mengikuti perkembangan Ali di hospital dan berharap beliau dipermudah dalam segala urusan rawatannya.

“Sebagai duta tahfiz, Ali sentiasa berada dalam ingatan kesemua warga pusat tahfiz. Semoga beliau sentiasa dilindungi Allah SWT,”katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya