Akta Anti Lompat Parti: Kerajaan, pembangkang bertemu Khamis ini - Utusan Malaysia

Akta Anti Lompat Parti: Kerajaan, pembangkang bertemu Khamis ini

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan dan pembangkang dijadualkan bertemu pada Khamis ini bagi memperhalusi Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti sebelum dibentangkan pada sidang khas Parlimen, 11 April ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertemuan itu akan melibatkan Jawatankuasa Pemandu Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dianggotai 10 wakil kerajaan dan pembangkang.

Katanya, pertemuan itu dibuat atas permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu mengambil pandangan blok pembangkang sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Hanya perlu lakukan kemas kini terhadap beberapa perkara atau klausa dalam RUU itu.

“Perdana Menteri meminta pandangan kami dan kita kata, aktifkan semula Jawatankuasa Pemandu, selain kita bersetuju pada 31 Mac ini mengadakan pertemuan untuk perhalusi perkara itu,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Lembah Pantai.

Pada 24 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan bahawa pembentangan RUU Akta Anti Lompat Parti akan diadakan dalam sidang khas Parlimen pada 11 April.

Katanya, perkara itu dipersetujui Perdana Menteri bagi melanjutkan sidang khas itu sekiranya tempoh satu hari bagi membincangkan RUU berkenaan tidak mencukupi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya