Ajar Demokrasi lancar ‘Johor Memilih’, bantu kongsi maklumat

PRN Johor: Ajar Demokrasi lancar ‘Johor Memilih’, bantu kongsi maklumat secara maya

PENGUNDI Johor boleh mengetahui isu terkini mengenai Johor dan calon PRN Johor dengan melayari info.johorngundi.com yang dilancarkan oleh AD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sebuah platform, Ajar Demokrasi (AD) melancarkan inisiatif Johor Memilih bagi memberi pencerahan kepada komuniti dan anak muda mengenai hal-hal penting berkaitan pilihan raya secara maya. 

Ketua Koordinator Projek dan Perhubungan Luar, Najmi Hakim berkata, inisiatif itu meliputi beberapa aktiviti seperti perkongsian maklumat dan infografik mengenai isu dalam PRN Johor serta sesi perbincangan bersama anak muda. 

“Inisiatif utama adalah laman web khas, info.johorngundi.com bagi membantu pengundi Johor mengetahui isu terkini di Johor dan maklumat penting berkenaan calon serta statistik sosio ekonomi di Johor supaya pengundi lebih ketahui realiti keadaan di sana. 

“Dengan keadaan wabak pandemik Covid-19 yang belum berakhir ditambah dengan peningkatan kes semula, AD merasakan laman web ini adalah medium untuk membantu pengundi mengetahui calon mereka di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diundi tanpa memerlukan perjumpaan fizikal dan isu berkaitan. 

“Ini dapat membantu supaya mereka dapat mempertimbangkan calon mana yang akan dipilih pada hari pengundian Sabtu ini,” katanya dalam satu kenyataan. 

Terdahulu, seramai 239 calon bertanding bagi merebut 56 DUN dalam pilihan raya negeri kali ini. 

Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing bertanding di semua 56 DUN manakala, Pakatan Harapan (30), Pejuang (42), PKR (20), Bebas (16) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) di tujuh kerusi. 

Selain itu, Parti Warisan Sabah (Warisan) bertanding di enam kerusi, Parti Bangsa Malaysia (PBM) (4), dan masing-masing satu kerusi mewakili Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Menurut Najmi, AD juga turut bekerjasama bersama Nusantara Academy Strategic Research (NASR) dan Gerakan Johor Ngundi bagi membantu mempromosikan inisiatif membawa anak Johor pulang mengundi. 

“Diharapkan inisiatif ini dapat dikembangkan lagi kepada seluruh rakyat Malaysia terutama pengundi Johor yang akan mengundi nanti,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya