Agong sanjung tinggi pengorbanan anggota polis - Utusan Malaysia

Agong sanjung tinggi pengorbanan anggota polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas khidmat bakti dan jasa dicurahkan dalam memikul amanah dan tanggungjawab memelihara keamanan negara dan rakyat Malaysia.

Seri Paduka turut menyanjung tinggi dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga dan pesara PDRM di atas pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengira penat lelah, masa dan situasi.

“Semoga warga PDRM akan terus kental dan bersemangat memberi khidmat demi menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia.

“Semoga seluruh warga PDRM dirahmati dan dilindungi Allah daripada segala bentuk ancaman dan musibah serta para pahlawan negara yang telah terkorban ditempatkan bersama para solihin,” titah Al-Sultan Abdullah bersempena Hari Polis ke-215 yang dikeluarkan oleh Istana Negara hari ini.

Bersempena hari penuh bermakna itu, Seri Paduka menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Polis ke-215 kepada seluruh warga PDRM dan juga veteran dan pesara polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya