ADUN Puteri Wangsa nafi lepas tangan kes kebakaran di Felda Ulu Tebrau - Utusan Malaysia

ADUN Puteri Wangsa nafi lepas tangan kes kebakaran di Felda Ulu Tebrau

CIAPAN di Twitter yang kononnya menyatakan Amira Aisya Abd. Aziz dan wakil ADUN itu tidak dapat membantu melibatkan kes kebakaran di Felda Ulu Tebrau.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd. Aziz menafikan wakilnya bersikap lepas tangan berhubung aduan kes kebakaran membabitkan lima premis perniagaan di Felda Ulu Tebrau di sini, Jumaat lalu.

Amira Aisya berkata, dakwaan bahawa wakilnya memberi alasan untuk tidak menghulurkan pertolongan seperti yang tular di laman sosial adalah tidak benar.

Jelasnya, pada hari kejadian, beliau tiada di kawasan namun telah menghubungi wakil komuniti di Felda Ulu Tebrau serta Pengurus Felda Ulu Tebrau untuk mengetahui keadaan.

“Saya juga berkesempatan menziarah rumah kedai yang terkesan dan Alhamdulillah selepas itu Sultan Johor juga berkenan mencemar duli turun ke kawasan dan membiayai pembinaan keseluruhan rumah kedai yang terjejas.

“Saya tahu bahawa wakil saya di kawasan tersebut tidak akan berkata begitu seperti yang ditularkan, itu tidak benar. Ia kerana selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kami terus turun padang dan cuba selesai masalah rakyat yang dialami oleh penduduk setempat,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, tular dakwaan berkaitan wakilnya yang dikatakan tidak bekerjasama terhadap pengaduan kes kebakaran rumah kedai di Felda Ulu Tebrau berkenaan.

Amira Aisya didakwa menghilangkan diri manakala pegawainya didakwa menyatakan wakil rakyat itu tidak dapat membantu kerana masih belum mengangkat sumpah sebagai ADUN.

Bagaimanapun, Amira Aisya berkata, bagi isu yang di luar bidang kuasa mereka, ia akan disalurkan kepada pihak berwajib atau agensi kerajaan yang berkaitan.

Tambahnya, sebagai ADUN Puteri Wangsa, beliau akan bekerja keras untuk membantu mempermudah urusan rakyat di kawasan itu dan sekiranya terdapat kekurangan, beliau terbuka menerima segala teguran dan kritikan membina asalkan tidak menabur fitnah dan tuduhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya