ADUN Bukit Melawati positif Covid-19 

ADUN Bukit Melawati positif Covid-19 

JUWAIRIYA ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli disahkan positif Covid-19 hari ini. 

Beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor mengesahkan perkara itu selepas menjalani ujian saringan PCR di sebuah klinik swasta di Segamat, Johor, semalam.

Juwairiya berkata, dia berada di Johor bagi membantu kempen calon PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) terutama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis sejak Selasa lalu.

“Pada 3 Mac (semalam), saya mula mengalami sakit tekak dan keletihan walaupun ujian air liur secara harian menunjukkan keputusan negatif. Namun, bagi tujuan pengesahan dan rasa tanggungjawab, saya terus menjalani ujian saringan PCR dan kuarantin kendiri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, beliau sudah lengkap menerima vaksin dos penggalak pada 18 November lalu. 

“Saya memohon maaf bagi rakan seperjuangan kerana tidak dapat membantu kempen buat masa ini. Kini, saya menjalani kuarantin kendiri dan maaf kepada pihak yang mempunyai kontak sepanjang dua hari lalu,” katanya.

 Selasa lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut disahkan positif Covid-19. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya